11:49 PM

Salah sapa ni???


Tak habis-habis dengan masalah budak-budak sekolah zaman sekarang ni. Macam-macam masalah. Hari ni, aku terbaca di akhbar seorang budak sekolah umur 17 tahun kena sumbat masuk Henry Gurney sebab hantar sms ugut nak bunuh gurunya. Hantar sms "ugut bunuh"??? Hakim yang jatuhkan hukuman tu kata "Anak kamu ini tidak berdisplin, mahkamah memerintahkan dia dihantar ke sekolah itu," pada ibu budak ni. Macam tu masih boleh dikategorikan sebagai "tidak berdisiplin" lagi ke? Tu dah masuk kategori "melampau" tu. Tu dah "jahat" dah namanya tu. Heiiii..tak semena-mena aku naik geram. Aku bukan boleh tengok bebudak kurang ajar ni...

Kenapa jadi macam tu? Pada aku, 70% kesalahan adalah dipihak mak bapak. "Anak-anak ini diibaratkan bagai kain putih, maka terpulanglah bagaimana kamu hendak mencorakkan anak-anak kamu". Kebanyakkan masa ibubapa sekarang tertumpu pada kerjaya dan sering melupakan tanggungjawab mereka pada anak. Antara cara mereka yang femes untuk menunjukkan kasih sayang dan tanggungjawab mereka ialah seperti membelikan handphone mahal berkamera, beli motor, bagi duit pegi set rambut rebonding, rambut dye, rambut cacak, bagi duit kocek banyak-banyak dan banyak lagi benda karut yang mak bapak berikan.

Mak bapak sekarang ni lain macam, tak macam dulu. Kalau cikgu jentik sikit anak diorang, dah tentu kena maki hamun, kena kena tunjuk penumbuk, silap-silap cikgu tu akan dapat surat lawyer! Tak macam dulu, kalau anak diorang kena rotan kat sekolah & mak bapak tahu, dah tentu kena tambah lagi bila sampai rumah! Iyalah..takkan cikgu tu suka-suka je rotan anak dia, dah tentulah anak dia ada buat salah. Tak buat kerja sekolah ke, tak bawa buku ke, melawan guru ke..mesti ada salah punya. Cuba kalau anak dia elok je kat dalam kelas, semuanya ikut peraturan, sopan, tertib, tak bising menyampuk masa cikgu mengajar, buat kerja sekolah, kemas dan berkelakuan baik, ada ke cikgu nak rotan? Lain la kalau cikgu tu gila or tak betul!

Ada pulak tu, mak bapak ni tak ambil "port" pasal anak-anak diorang. Nak sekolah ke tak sekolah ke, isap rokok ke, isap ganja ke, lantaklah! Kalau kena tangkap polis, pegi jamin je. Kalau sekolah panggil, takde masa nak pegi. Kalau mesyuarat PIBG tak pernah pegi, bayar yuran PIBG pun dah cukup baik. Ada juga mak bapak yang tak percaya perangai anak diorang macam "setan". Katanya anak diorang elok baik sopan masa kat rumah. Padahal anak dioranglah "sazali" kat sekolah. Bila dah besar & anaknya tunjuk belang, haaa...time tu barulah "anakku sazali". Too late! Time tu... elok sumbat masuk penjara je...

Lagi satu, mak bapak ni kurang pantau anak-anak diorang. Diorang biar je anak-anak tu keluar malam, merambu kat tepi-tepi tembok. Ada yang merayap pegi kedai internet chatting & masuk laman web lucah. Malah, ada juga mak bapak yang tak sedar pun anak-anak diorang keluar malam! Perghhhh...!!! Sedar-sedar dah kena tangkap polis. Itu pun pasal polis call mak bapak dia suruh datang ikat jamin anak dia kena tangkap clubbing sambil ambil dadah. Lepas tu yang hairannya, mak bapak ni tak muhasabah diri or salahkan diri sendiri.

Diorang salahkan pulak faktor persekitaran! Dahhhh...persekitaran pulak yang salah! Kalau diorang ajar anak diorang dengan asas agama yang kuat, adakah anak-anak diorang akan jadi macam tu? Adakah anak-anak diorang akan terdorong buat semua tu? Kalau ada pun, boleh kira dengan jari! Diri diorang sendiri pun tak betul, macamana nak tunjuk tauladan yang elok pada anak-anak?

Pada aku juga, cikgu pun ada salah jugak. Cuma taklah sebesar salah mak bapak budak-budak ni. Ada jugak cikgu yang tak betul! Tapi tak banyak salah laku cikgu ni. Kalau ada pun, kes-kes terpencil. Mungkin cikgu-cikgu ni jadi macam tu sebab diorang "demotivated"kan oleh perangai budak-budak sekolah tu. Tapi itu bukan alasan. Guru-guru zaman dulu sanggup hadapi apa saja kerenah budak-budak. Tapi masa tu, guru-guru dapat sokongan kuat dari ibubapa. So? Cikgu-cikgu sekarang kenalah kerja keras sikit untuk kembalikan martabat dan kewibawaan profesyen perguruan. Guru marah apa pun adalah untuk mengajar, bukan untuk lepaskan geram atau amarah! Kena ingat la cikgu-cikgu ni pendidik, kena tunjuk contoh yang elok...ada paham cikgu-cikgu kita?

Apa pun, selagi mak bapak zaman sekarang ni tak berubah, selagi tu lah anak-anak kita ni akan terus jadi teruk dan bertambah teruk. Tapi aku tak kata semua mak bapak ni tak bagus. Ada jugak yang bagus. Tapi tak banyaklah. Dalam 100 parents tu, maybe dalam 20% tu pandai jaga anak. Dan tak semua budak-budak sekolah ni teruk. Ada yang bagus dan ada yang terbaik. Tapi yang bagus & terbaik ni juga bergantung pada mak bapak jugak. Jadi, the key word is "Mak Bapak" juga, kan? So, harap mak bapak tu faham-fahamlah apa yang patut kena buat. Jangan sampai terpaksa diadakan "pejabat kaunseling ibubapa" kat sekolah, sudahlah! Bukan apa...malu kat anak bila kena kaunseling kat sekolah. "Mak bapak aku kena kaunseling?!" heh..malu wooo!!!

p/s: Mak bapak jangan marah aku noooo...sapa nak ngaku "buang air besar tengah jalan?"...hehehehe...
10:59 PM

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia!


Salam buat pengunjung pembaca, saudara saudari, Dato' Datin, Tan Sri Puan Sri, adik kakak, abang, pak long mak long...kira semua sekali la nooo...

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Terbitlah jua blog ini setelah terkial-kial cuba mendaftarkan diri ke dunia blog ini. Anyway, thanks to sahabat karib saya, En. Syahril A. Kadir yang secara tidak sengaja telah "mencabar" saya untuk memulakan sebuah blog yang "santai mantai" dan "relaxing". Thank you..thank you...

Diharap kalian semua dapat menyokong kewujudan blog ini. Semoga kewujudan blog ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat, insyaAllah...

Thanks,

- Zam -